Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC

2023-02-02 0

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (motac) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.